Langkah-langkah Hadapi Jerebu
Di laman Web
http://blog.perempuanmelayu.info/2009/06/langkah-langkah-hadapi-jereb...
Jerebu boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti
- Gatal-gatal kepada tekak dan batuk-batuk
- Dada terasa sesak nafas atau susah bernafas
- Kegatalan kepada kulit
- Hidung berair dan bersin
- Mata merah, pedih dan gatal mata
Anda dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor jika anda mempunyai
tanda-tanda diatas.
Berikut adalah kumpulan berisiko tinggi.
1. Kanak-kanak
2. Orang tua
3. Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan
Segera berjumpa doktor sekiranya keadaan penyakit bertambah buruk.
4. Perokok
5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Ambil perhati nilai index pencemaran udara (IPU) semasa melalui
akhbar, laman-laman web akhbar, radio dan TV.
0 – 50 Baik
51 – 100 Sederhana
101 – 200 Tidak Sihat
201 – 300 Sangat Tidak Sihat
301 – 500 Berbahaya
Nilai 100 keatas orang ramai perlu mengambil langkah-langkah
seperti :-
- Sentiasa berada didalam bangunan dan rumah. Kurangkan aktiviti luar
daripada bangunan dan rumah. Jangan buka tingkap bagi mengelakkan
jerebu masuk ke dalam bangunan dan rumah.
- Minum banyak air.
- Sentiasa membasuh muka dan kulit yang terdedah.
- Memakai topeng muka yang bersesuaian terutama kepada pengguna
motosikal, mereka yang bekerja diluar bangunan dan kumpulan berisiko
tinggi. Topeng bersesuaian adalah yang mampu menapis habus dan hama di
udara. Dapatkan ia di farmasi.
- Kurangkan aktiviti-aktiviti sukan luar.
- Jangan merokok didalam rumah.
- Perokok dinasihatkan berhenti merokok sekiranya tahap melebih 100
IPU.
- Sekiranya tahap mencapai keadaan sangat tidak sihat dan berbahaya,
langkah-langkah meninggalkan kawasan berjerebu perlu diambil bagi
kumpulan berisiko tinggi.
- Jangan melakukan pembakaran terbuka kerana ia akan lagi memburukan
keadaan. Laporkan kepada Jabatan Alam Sekitar sekiranya ada berlaku
pembakaran terbuka.
Sila lawat laman web Kementerian kesihatan untuk maklumat lanjut
http://www.infosihat.gov.my/
Artikel-artikel lain
Keperluan Asid Folik Untuk Wanita
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/05/keperluan-pemakanan-asid-...
Jadilah Hero Dengan Menderma Darah
http://untuklelaki.noorjannah.com/2009/01/jadilah-hero-dengan-menderm...
Kempen Hijau Tipswanita
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/12/kempen-hijau-tipswanita.html
Menjaga Sistem Penghadaman Anda
http://keluarga.noorjannah.com/2008/12/menjaga-sistem-penghadaman-and...
Bacaan Untuk Pasangan Suami Isteri Yang Baru Mendirikan Rumah Tangga
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/10/bacaan-untuk-pasangan-...
Persediaan Untuk Wanita Yang Ingin Mengandung
http://keluarga.noorjannah.com/2008/10/persediaan-untuk-wanita-yang-i...
Menulis Untuk Menjadi Kaya
http://cybermoney2u.blogspot.com/
Tapisan Web Untuk anak-anak
http://safesurf.perempuanmelayu.info/
Laman penulis http://blog.perempuanmelayu.info/
Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad
email di
http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita
atau hantarkan email kepada tipswanita-subscr...@yahoogroups.com
Pelbagai artikel, tips dan nasihat di
http://blog.perempuanmelayu.info/
Wassalam.
Kumpulan penulis Tipswanita.com Noorjannah.com dan
Perempuanmelayu.info
14 Jun 2009
Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Kumpulan penulis
Tipswanita.com Noorjannah.com dan laman Perempuanmelayu.info
http://www.perempuanmelayu.info/
This work is licensed under the Creative Commons Attribution-
NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this
license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or
send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San
Francisco, California, 94105, USA.
--- Iklan ---
Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/
Portal Tipswanita
http://www.tipswanita.com/
Pakej Template Blog Murah
http://studi07.blogspot.com/