Kami di Kampung Malaysia Tambahan pun alami masalah yang sama iaitu padang permainan kami dibersebelahan surau kami tidak bersapu dan dipotong rumput. Dbkl seharusnya perihatin tentang masalah ini yang mengangu kesejahteraan penduduk, hinggakan penduduk mengambil inisitif sendiri memotong rumput dan menyapu. u/p; baik bg duit utk penduduk saja uruskan.
________________________________
From: Moderator PKKAMARA <kgmalaysiar...@yahoo.com>
To: kgmalaysiaraya@googlegroups.com
Sent: Fri, November 6, 2009 8:20:19 AM
Subject: [kgmalaysiaraya] Kontraktor DBKL 2 kali gagal potong rumput di padang
Bagi pihak Sekretariat penduduk, dukacita dimaklumkan bahawa pihak Kontraktor yang telah diamanahkan telah gagal menyelengara Padang Permainan Kg Malaysia Raya sehingga kini. Menurut Pengerusi Penduduk, beliau telah pun menghubungi pihak DBKL bagi memaklumkan perkara tersebut beberapa minggu yang lalu tetapi sehingga kini tiada pihak yang datang bagi pihak DBKL untuk menyelesaikannya.
Sehingga kini, beberapa peralatan permainan yang sepatutnya dibaki setelah beberapa kali dilaporkan juga, gagal dibaiki, malah telah menjadi ancaman kepada keselamatan kanak-kanak yang bermain di Padang tersebut. Diharapkan selepas berita ini disiarkan, ada pihak khususnya DBKL akan membantu menyelesaikanya.
Moderator e-group
Untuk membalas email: kgmalaysiaraya@googlegroups.com
Egroup http://groups.yahoo.com/group/kgmalaysiaraya/
Website http://www.kgmalaysiaraya.com
Blog Pengerusi http://mohdzainuddin.blogspot.com