Tahniah Encik Basarudin dan Jawatankuasa Kerja program khatan. KRT Desa Tun Razak dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Penduduk dan Surau Darul Naim pun akanmengadakan program yang sedemikian pada 22hb Nov 2009. Tapi kali ini kami tidakmenggunakan khidmat doktor biasa.
Dua orang Tok Mudim dijemput datang dari Selama Perak untuk mengerjakan 40 peserta khatan. Kami pun belum begitu pasti jam berapa boleh habis kerja Tok Mudim tu.
Bagaimanapun tahniah sekali lagi kepada Jawatankuasa yang kuat kerja dari KRT Desa Tun Razak.
________________________________
From: Moderator PKKAMARA <kgmalaysiar...@yahoo.com>
To: kgmalaysiaraya@googlegroups.com
Sent: Wednesday, 4 November 2009 2:36:07
Subject: [kgmalaysiaraya] Program berkhatan beramai-ramai - Daftar Segera
Assalamualaikum wrth,
PENDAFTARAN PROGRAM BERKHATAN
Sempena Cuti sekolah nanti, Persatuan Penduduk Kg Malaysia Raya dengan kerjasama Persatuan Penduduk PPR Sri Malaysia serta organisasi setempat dan sekitar kampung kita akan mengadakan majlis tersebut seperti berikut:
Tarikh: 5 & 6 Disember 2009 (Sabtu & Ahad)
Tempat: madrasah, Dewan & dataran KAMARA, kg Malaysia Raya
Peserta 40 peserta Lelaki yang mendaftar awal akan dipertimbangkan.
Tiada bayaran dikenakan (PERCUMA)
Aturcara Program:
5/12/2009 Selepas Maghrib - Tahlil Arwah dan Doa Selamat di Madrasah Al-Ihsaniah
6/12/2009 Sarapan Pagi ( Ditaja KFC & Mc. Donald untuk peserta)
Berarak keliling kampung untuk semua peserta, berakhir di Dataran KAMARA
Dimandi beramai-ramai (diuruskan oleh Bomba)
Berkhatan di dalam Dewan KAMARA
Bersurai sebelum Zohor
Sementera itu, bagi pelaksanaan Ibadah Qurban/Aqiqah tahun ini, setiap bahagian dikenakan caj RM300 seorang. Ini termasuk segala kos penyelenggarakannya. Maklumat lanjut dan mendapatkan borang bagi tujuan tersebut, sila hubungi:
Basarudin Mohd Tapi
Pengerusi Program
merangkap
Tim. Pengerusi Persatuan Penduduk &
Tim. Pengerusi Madrasah Al-Ihsaniah
019-271 1862
Moderator e-group
Untuk membalas email: kgmalaysiaraya@googlegroups.com
Egroup http://groups.yahoo.com/group/kgmalaysiaraya/
Website http://www.kgmalaysiaraya.com
Blog Pengerusi http://mohdzainuddin.blogspot.com
___________________________________________________________________________ _______________
Surf faster and smarter with Firefox 3! http://my.downloads.yahoo.com/firefox/