Web Images Maps News Groups Books Gmail more »
Recently Visited Groups | Help | Sign in
Google Groups Home
Fw: ((Tmn2Syurga)) jubah untuk ibu..
There are currently too many topics in this group that display first. To make this topic appear first, remove this option from another topic.
There was an error processing your request. Please try again.
flag
  1 message - Collapse all  -  Translate all to Translated (View all originals)
The group you are posting to is a Usenet group. Messages posted to this group will make your email address visible to anyone on the Internet.
Your reply message has not been sent.
Your post was successful
 
From:
To:
Cc:
Followup To:
Add Cc | Add Followup-to | Edit Subject
Subject:
Validation:
For verification purposes please type the characters you see in the picture below or the numbers you hear by clicking the accessibility icon. Listen and type the numbers you hear
 
sharimah isah  
View profile   Translate to Translated (View Original)
 More options Nov 7, 5:58 pm
From: sharimah isah <sharima...@yahoo.com>
Date: Sat, 7 Nov 2009 01:58:05 -0800 (PST)
Local: Sat, Nov 7 2009 5:58 pm
Subject: Fw: ((Tmn2Syurga)) jubah untuk ibu..

 SEDIH UMY BACA KISAH INI....MENGALIR AIR MATA UMY...TIDAK TAHAN SEBAK DIDADA..HARAP BELIA2 KAMARA JADIKANLH IKTIBAR.. PADA MEREKA2 YANG DAH MELUKAKAN HATI ORANG TUA..CARILAH MEREKA..BERBAKTILAH PADA MEREKA SELAGI JASAD DIKANDUNG BADAN SELAGI KESEMPATAN MASIH ADA....MINTA LAH RESTU MEREKA DALAM APA CARA SEKALI PUN...IBU2 TIDAK MEMINTA WANGRINGGIT. HANYA LAH KEBAHAGIAN ANAK2 DIUTAMAKAN ...CARILAH MEREKA...MINTA LAH AMPUN DARI MEREKA SEBELUM TERLEWAT...INGATLAH SYURGA DITELAPAK KAKI IBU...

UntukmuIbu

“Apa nak jadi dengan  kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh!
Kenapa kau  degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang  baik,
yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya  membungkam. Tidak
menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah  besar Along. Masuk kali ni dah
dua kali kau ulang ambil  SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba
 la  kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat  nak
dengar nasihat orang hah?”, leter ibu  lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah.  Along terus
membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang  keluar dari mulutnya.
Seketika dia melihat si ibu berlalu  pergi dan kembali semula dengan
rotan di tangannya. Kali  ini darah Along mula menderau. Dia berdoa
dalam hati agar  ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang
kau  cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak  pengetua
tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin  berdebar-debar
namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya  bagai tersekat di
kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu  bagaimana hendak menceritakan
hal sebenar. Si ibu semakin  bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan
pergaduhan ye!?  Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang  nah,
rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan  berkali-kali jugaklah
Along menjerit  kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along  janji tak buat lagi….Bu,
jangan pukul bu…sakit bu…” Along  meraung meminta belas si ibu agar
tidak merotannya lagi.  “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak
rasa sakit?”  Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si  ibu
menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along  bu…bukan Along
yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”,  rayu Along dengan suara
yang tersekat-sekat menahan pedih.  Along memaut kaki si ibu.
Berkali-kali dia memohon maaf  daripada ibunya namun siratan rotan
tetap mengenai  tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya
lagi  menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan,  tapi
kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya  setiap hari. Setelah
hatinya puas, si ibu mula berhenti  merotan Along. Tangan Along yang
masih memaut kakinya itu  di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada
manik-manik kaca yang  bersinar di kelopak mata si ibu. Along
 memandang  dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan  ibunya
menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along  berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak
dapat  dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu  petang
tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu  marahkannya. Tapi kali ini
marah ibu sangat memuncak.  Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua
sewaktu di  sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar  dan
memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan  kesekian kalinya.
Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat  menjeling ibu di sebelah..
Namun, dia tidak diberi  kesempatan untuk bersuara. Malah, semua
kesalahan itu di  dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua
itu  bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini.  Along
mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di  kelopak matanya.
Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak  sapu lalu disapukan pada
bekas luka yang berbirat di  tubuhnya dek rotanan ibu tadi.
Perlahan-lahan dia menyapu  ubat namun masih tetap terasa pedihnya.
Walaupun sudah  biasa dirotan,
 namun tidak seteruk kali ini. Along  merebahkan badannya. Dia cuba
memejamkan  mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah  ibu
menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika  dahulu sangat
mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi,  sejak dia gagal dalam SPM,
kedamaian itu semakin pudar dan  hanya kelihatan biasa dan kebencian di
wajah tua itu. Apa  yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along
sedar,  dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana  mendapat
keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak  pernah ambil hati
dengan sikap ibu walau adakalanya  kata-kata orang tua itu menyakiti
hatinya. Along sayang  pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada
walaupun  kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta  maaf.
Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya  terlalu cacamarba, dan
perasaannya pula semakin resah  gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan
melayani perasaan, Along  terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu  masih tidak mahu bercakap
dengannya. Jika ditanya, hanya  sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak
acuh sahaja. Pulang  dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia
mencangak  mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di  situ.
Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok  mengambil sudu
di bawah para dan kemudian mencacap makanan  yang sedang dimasak itu.
Dia nekad mahu menolong.  Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya
mengambil hati ibu.  Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur,  adik
perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus  meluru ke arah
ibu. Along terperanjat dan  cuba berselindung  di sebalik pintu sambil
memerhatikan mereka.

“  Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri  ye!?”
Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat  ibunya memasak makanan
yang pelbagai jenis seperti itu.  Semuanya enak-enak belaka. Si ibu
yang lincah menghiris  sayur hanya tersenyum melihat keletah anak
bongsunya itu.  Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan
mereka  sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni  satu
boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar,  tapi tunggulah
Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita  makan sekali. Pergi naik
atas mandi dan tukar baju dulu  ye!”, si ibu bersuara lembut. Along
menarik nafas panjang  dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak
kesayangan ibu nak  balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah
dengan  Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum  berganjak
dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum.  Di wajahnya jelas
menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah  ibu masak lauk
 banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik  la. Kenapa bila Along balik,
ibu tak masak macam ni pun?”.  Along terkejut mendengar soalan Atih.
Namun dia ingin  sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan
hari-hari balik  rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan  duduk
asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu.  “Tapi, ibu tak
penah masak lauk macam ni dekat Along  pun..”, soal Atih lagi. Dahinya
sedikit berkerut dek  kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui
kebenaran  kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada  perasaan
dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang  sangat disayanginya.
“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi  kita pergi ambil Kak Ngah
dengan Alang dekat stesen bas.” ,  arah ibu. Dia tidak mahu Atih
mengganggu kerja-kerjanya di  dapur dengan menyoal yang bukan-bukan.
Malah ibu juga tidak  senang jika Atih terus bercakap tentang Along.
Pada ibu,  Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya.  Apa
 yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula  membuat hal di
sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah  ibu semakin hilang
perhatian pada Along dek kerana marah  dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga  turut keluar. Dia menuju ke
Pusat Bandar sambil jalan-jalan  buat menghilangkan tekanannya. Tiba di
satu kedai, kakinya  tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada
sepasang  jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan  tudung
bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa  ni….’ Dia bermonolog
sendiri. Along melangkah masuk ke  dalam kedai itu. Sedang dia
membelek-belek jubah itu,  bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia
segera menoleh.  Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa
kau  buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman  dengan
Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak  buat apa kat
sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat  apa-apa, cuma nak tengok-tengok
baju ni. Aku ingat nak kasi  mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus
la kau ni Azam.  Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?”
Terlopong  mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul
 ke ni  Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian.  “Untuk
kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas  Fariz
meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la.  Aku tak cukup duit
sekarang ni.” Cerita Along agak  keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya
sambil tersenyum.  “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.”
Kata  Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju.  Dia
tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti  dia dimarahi
silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada  berapa ringgit sekarang ni?”,
soal Fariz yang benar-benar  ingin membantu sahabatnya itu. Along
menyeluk saku  seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam  yang
semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun  Riz, tak pe lah,
aku datang beli minggu depan. Kau jangan  jual dulu baju ni tau!”,
pesan Along bersungguh-sungguh.  Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat.  Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh.
Setelah tiba,  kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam  rumah.
Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang  tamu. Dia menoleh ke
arah mereka seketika kemudian menuju  ke dapur. Perutnya terasa lapar
sekali kerana sejak pulang  dari sekolah petang tadi dia belum makan
lagi. Penutup  makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang
ibu  masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa  berlengah
dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing  kesayangan arwah
ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat  hal apa lagi kat luar tu?”,
soalan ibu yang bernada sindir  itu tiba-tiba membantutkannya daripada
menghabiskan sisa  makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar
ja?  Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi.  Along
hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan  membuat muka
selamber seperti tidak ada apa-apa yang  berlaku. Tiba-tiba Angah dan
Alang
 menghampirinya  di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang  masih
memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.  “Along ni teruk tau.
Suka buat ibu susah hati. Kerana  Along, ibu kena marah dengan pengetua
tu.” Marah Angah,  adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.  Along
mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia  menjawab kata-kata
adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu  yang masih di situ, dia
mengambil jalan untuk membisu  sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar,
berhenti je la.  Buat je kerja lain yang berfaedah daripada
menghabiskan  duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut  di
sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya  benar-benar tercabar.
Hatinya semakin terluka melihat sikap  mereka semua. Dia tahu, pasti
ibu mengadu pada mereka.  Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu.
Wajah tua si  ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia  segera
mencuci tangan dan meluru ke  biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya  bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak
keruan memikirkan  kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab,
pasti  ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi,  dia
akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di  Bandar. Kebetulan
cuti sekolah selama seminggu bermula  esok. Seperti yang dinekadkan,
pagi itu selesai solat  subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa
beg sekolah  berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa  ucapan
selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu  menyatakan bahawa
dia mengikuti program sekolah berkhemah  di hutan selama seminggu.
Niatnya sekadar mahu mencari  ketenangan selama beberapa hari justeru
dia terpaksa  berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya  itu.
Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar  untuk mencari
pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari  itu, dia diterima bekerja
dengan Abang Joe sebagai pembantu  di bengkel membaiki motorsikal
dengan
 upah  lima belas ringgit sehari,  dia sudah rasa bersyukur dan gembira.
Gembira kerana tidak  lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu.
Hari ini hari  ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu  sedikit
gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di  luar. Dia juga berasa
agak rindu dengan Along. Entah  mengapa hati keibuannya agak tersentuh
setiap kali  terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan  itu
terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang  lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu  Abang Joe di bengkelnya.
Sikap Abang Joe yang baik dan  kelakar itu sedikit sebanyak mengubat
hatinya yang luka.  Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along  antaranya
menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.  “Azam, kalau aku tanya
kau jangan marah k!”, soal Abang Joe  tiba-tiba sewaktu mereka
menikmati nasi bungkus tengah hari  itu. “Macam serius jer bunyinya
Abang Joe?” Along  kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan  ?”
Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke  dalam mulut
tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan  menahan sedakan.
Melihat keadaan Along itu, Abang Joe  segera menghulurkan air. “Kenapa
lari dari rumah? Bergaduh  dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba
menduga.  Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along  sebak.
Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke  dalam mulut dan
mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya  cuba  menahan
 perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita  tak…ataupun impian ker…?”
Abang Joe mengubah topik setelah  melihat reaksi Along yang kurang
selesa dengan soalannya  tadi. “ Ada ” jawab Along pendek “Kau  nak jadi
apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain  bola? Mekanik macam
aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n  kepala. “semua tak…Cuma satu
je, saya nak mati dalam  pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli
ketawanya. Abang  Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak
serius  menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang  Joe.
Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah  dan…saya….saya nak jadi
anak yang soleh!”. Perlahan sahaja  suaranya namun masih jelas
didengari telinga Abang Joe.  Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya.
Dia bersyukur di  dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu
baik.  Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun  belum
pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke  Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung  kerja masing-masing.
Tidak seperti selalu, petang itu Along  kelihatan banyak berfikir.
Mungkin terkesan dengan soalan  Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang
Joe, hari ni, saya nak  balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga
saya  beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup  pintu
bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya  hanya mengangguk.
Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda  itu mahu pulang ke pangkuan
keluarga. Sebelum berlalu,  Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini
menyebabkan  Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga  diri
baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah  Abang Joe tu,
saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along  lagi. “Tapi, kau kan
boleh datang  bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang  Joe.
Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang  soalannya tadi.
Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa,  saya bagi kat Abang Joe.
Abang
 Joe, terima kasih  banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik
abang.  Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.”  Balasnya
dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya  bagai seorang abang
memeluk adiknya yang akan pergi  jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik  kakak Fariz untuk
membeli jubah yang diidamkannya itu.  Setibanya di sana , tanpa
berlengah dia  terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey  Azam,
mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal  kau. Kau lari dari
rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari  kedatangan sahabatnya itu.
Along hanya tersengeh  menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau
lagi ke?  Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk  si
Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun,  aku tak nak ibu
aku terasa hati kalau dia dengar tentang  perkara ni", terang Along
dengan tenang. “Kau jadi mangsa.  Tengok, kalau kau tak bagitau, mak
kau ingat kau yang  salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak
nak ibu  aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku  ok,
lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih  dan ingat
kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata  si
 sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku  nak beli jubah ni
Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa  lekat kad ni sekali, k!”,
pinta Along sambil menyerahkan  sekeping kad berwarna merah jambu. “No
problem…tapi, mana  kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin
tahu.  “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia",  terang
Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor  kat Jalan Selasih
sebelah kedai makan pakcik kantin kita  tu!”, jelas Along dengan
panjang lebar. Fariz mengangguk .  “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat
mak kau bila?” “Hari ni  la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari
ni ek?”  “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu  minggu
depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je  yang yang sempat
untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku  harap lepas ni ibu aku tak
marah aku lagi.” Jawabnya sambil  mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan  hujan mulai turun. Namun Along
tidak sabar menunggu untuk  segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu.
Sambil menunggang,  Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum
menerima  hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri  II.
Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya,  sebuah kereta wira
yang cuba mengelak  daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan
terus  merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.  Akibat
perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke  tengah jalan dan
mengalami hentakan yang kuat di kepala dan  belakangnya. Topi keledar
yang dipakai mengalami retakan  dan tercabut daripada kepalanya, Along
membuka matanya  perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu
dan  dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai  hadiah yang
tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam  kuat cebisan kain dan
kad yang terburai dari kotak itu.  Darah semakin membuak-buak keluar
dari
 hidungnya.  Kepalanya juga terasa sangat berat,  pandangannya
berpinar-pinar dan nafasnya semakin  tersekat-sekat. Dalam keparahan
itu, Along melihat kelibat  orang–orang yang sangat dikenalinya sedang
berlari ke  arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul  seorang
wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa  bahagia sekali
apabila dahinya dikucup saat itu. Along  gembira. Itu kucupan daripada
ibunya. Dia juga dapat  mendengar suara Angah, Alang dan Atih
memanggil-manggil  namanya. Namun tiada suara yang keluar dari
kerongkongnya  saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan
semangat  dan cuba    menghulurkan jubah dan kad yang masih
digenggamannya itu.  “Ha..hadiah….untuk… .ibu………” ucapnya sambil
berusaha  mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang  sangat
dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak  dipeluknya sambil
dicium berkali-kali. Air matanya merembes  keluar bagai tidak dapat
ditahan lagi. Pandangan Along  semakin
 kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa  ada air hangat yang
menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along  terkulai dalam pangkuan ibu dan
dia pergi untuk  selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu  terus duduk di sisi kubur Along
bersama Angah, Alang dan  Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan
bungkusan yang  hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad  berwarna
merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya  lalu dibaca. ‘Buat
ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah  salah silap along selama ini.
Andai along melukakan hati  ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah
maaf along  bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah  lagi. Ibu,
Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari  lahir ibu… dan terimalah
hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu  dilipat dan dicium. Air mata yang
bermanik mula berjurai  membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang
dirasai Angah,  Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih
dengan  pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.  Sedang
melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba  muncul. Dia terus
mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan  segala apa yang dipendamnya
 selama ini. “Makcik,  ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak
bersalah langsung  dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu
Azam dan  saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami..  Dia
sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna  air dekat
lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia  cakap Azam anak
pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan …  dia jugak cakap, ibunya
seorang perempuan gila…” cerita  Fariz dengan nada sebak. Si ibu
terkejut mendengarnya.  Terbayang di ruang matanya pada ketika dia
merotan Along  kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah
tidak  ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu  sedan.
“Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat  kembali peristiwa
dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh  sakit lagi, dia tak nak
mengambil semua ketenangan yang  makcik ada sekarang…walaupun dia
disalahkan, dia terima.  Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan
ke hospital  sakit jiwa
 semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa  puas kerana dapat
menyatakan kebenaran bagi pihak  sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan  Fariz. Terasa seluruh anggota
badannya menjadi Lemah.  Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh
hatinya  terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak  yang
selama ini dianggap derhaka.

  sedey gua  beb..menetis air mata aku--~--~--- --- ---~--~--  --~------
------~-- -----~--~  ----~

SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN
KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP
PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN
BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA
HIKMAHNYA... ......... .

Sincerely,

Rifqah,

Design Department,
rifqah@jutasama. com.my
Tel:  
03–5123 0088
Fax: 03-5123 0077
Ext:
162

Jutasama Sdn Bhd
Lot 1930, Batu
7,
Jalan Bukit Kemuning,Seksyen 32,
40460 Shah Alam,
Selangor,
Malaysia.

________________________________

Click here to get emails from webgroup

________________________________

__._,_.___
Messages in this topic  (1)  Reply  (via web post)  | Start a new topic  
Messages | Photos | Database | Polls
TAMAN2SYURGA ONLINE SHOP: http://iklan-perniagaan.blogspot.com/
TAMAN2SYURGA ONLINE SHOP: http://iklan-perniagaan.blogspot.com/
TAMAN2SYURGA ONLINE SHOP: http://iklan-perniagaan.blogspot.com/

Untuk siarkan iklan sila hubungi: Taman2Syurga-ow...@yahoogroups.com

[Tiada iklan saham, MLM atau seumpamanya yang dibenarkan sama sekali. Harap beri kerjasama. Ahli yang melanggar syarat akan disekat keahlian]

Lihat respon/jawapan: http://groups.yahoo.com/group/E-Perbincangan/messages
Lihat respon/jawapan: http://groups.yahoo.com/group/E-Perbincangan/messages

SERTAI KELAB: http://groups.yahoo.com/group/Taman2Syurga/app/addressbook/
SERTAI KELAB: http://groups.yahoo.com/group/Taman2Syurga/app/addressbook/

Semua emel (RESPONS)"REPLY" & PERTANYAAN yang mahu disampaikan ke ahli group hendaklah dihantar ke <E-Perbincan...@yahoogroups.com>

*Emel "reply" yang dihantar ke Tamansyu...@yahoogroups.com tidak akan dilayan

JIKA ADA SEBARANG MASALAH/KOMEN SILA HANTAR KE:
IF YOU HAVE ANY PROBLEM/COMMENT PLEASE SEND TO:
Taman2Syurga-ow...@yahoogroups.com

WAKTU SOLAT: http://www.e-solat.gov.my/MainWS.php

====================================================
         PESANAN UNTUK PENGHANTAR EMEL
====================================================

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

-Berpesan-pesan sesama insan-
MARKETPLACE
Mom Power: Discover the community of moms doing more for their families, for the world and for each other

Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group  | Yahoo! Groups Terms of Use  | Unsubscribe  
Recent Activity
        *  327
New MembersVisit Your Group  
Yahoo! Groups
Mental Health Zone
Find support for
Mental illnesses
Yahoo! Groups
Mom Power
Find wholesome recipes
and more.  Go Moms Go!
Y! Messenger
All together now
Host a free online
conference on IM.
.

__,_._,___  


    Reply    Reply to author    Forward  
You must Sign in before you can post messages.
To post a message you must first join this group.
Please update your nickname on the subscription settings page before posting.
You do not have the permission required to post.
End of messages
« Back to Discussions « Newer topic     Older topic »

Create a group - Google Groups - Google Home - Terms of Service - Privacy Policy
©2009 Google