Kenyataan Media
Dakwaan salahlaku (Peras Ugut) anggota RELA
Semasa Operasi terhadap Pendatang Asing.
Pada 17 Jun yang lalu, kawasan kami telah didatangi oleh sepasukan anggota Rela yang mendakwa menjalankan tanggungjawab disebuah rumah milik penduduk kampung untuk memeriksa kehadiran beberapa individu tertentu yang kononya pandatang tanpa izin lagi mencurigakan.
Walaupun anggota SRS (Skim Rondaan Sukarela) tidak semestinya dimaklumi tentang operasi tersebut, tetapi anggota kami telah kemudiannya dimaklumi tentang terdapatnya salah laku anggota Rela yang dianggarkan melebihi 5 orang tersebut terhadap semua “suspect” semasa operasi dijalankan dirumah yang dimaksudkan. Mereka semuanya telah disoalsiasat dan diperas ugut termasuk diambil wang mereka sebelum kesemua anggota Rela yang dimaksudkan meninggalkan kawasan kami.
Setelah menerima maklumat dan perbincangan diperingkat kampong diadakan, kami telah menasihati mereka yang terlibat membuat laporan Polis secara rasmi. Maklumat mengenai kesemua kejadian tersebut telah dilaporkan di Balai Polis Salak Selatan Baru dan 2 laporan Polis telah difahamkan dibuat pada 18 Jun yang lalu. Seorang daripada pengadu yang berada didalam rumah dan menyaksikan kejadian tersebut manakala seorang lagi daripada penduduk berdekatan yang juga anggota Rela yang berdaftar.
Pegawai polis yang menyiasat telah memanggil pengadu yang dimaksudkan untuk membuat kawat cam pada 21 Jun yang lalu tetapi sehingga kini masih tiada maklumat mengenai penyiasatan lanjut diperolehi malah sebaliknya kami dapati bahawa pengadu yang menyaksikan kejadian tersebut pula telah berpindah dan menghilangkan diri.
Sebagai pimpinan komuniti setempat dan mewiliki kepentingan umum, saya amat perihatin mengenai kejadian yang dimaksudkan itu. Saya berharap pihak berkuasa yang menyiasat samada pihak Polis mahupun dalaman Rela dapat menyatakan secara terperinci mengenai kes yang dimaksudkan itu kepada umum. Ini kerana dakwaan yang sedemikian sememangnya menjadi persepsi umum yang negatif apatah lagi setelah peringatan daripada YB Menteri untuk memastikan pihak penguatkuasaan bebas daripada sebarang salah laku yang boleh dipertikaikan tindakannya, apatah lagi kepada pendatang tanpa izin.
Sebagai melaksanakan tanggung jawab sosial dan mengelakkan salah faham terus berlaku berhubung perkara yang dimaksudkan, pihak kami ingin mendedahkannya kepada pihak TV3 yang berminat untuk menyiarkannya. Kami boleh dihubungi menerusi alamat yang tertera dibawah bagi mendapatkan temujanji bagi tujuan wakil media membuat temubual esklusif dimasa dan tempat yang difikirkan wajar dalam masa terdekat.
Sekian Terima kasih.
Daripada,
MOHD ZAINUDDIN HAJI AMRAN AMW
Pengerusi Persatuan Penduduk &
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga
Pengerusi Gerakan Daya Wawasan
Pengerusi Komuniti BESTARI
Merangkap
Ketua UMNO Cawangan
Kg. Malaysia Raya
33 Kampong Malaysia Raya
57100 Sungai Besi, Kuala Lumpur
H/P: 6-019-2764133 Fax: 6-03-90570767
Email: m...@hotmail.com
Egroup http://groups.yahoo.com/group/kgmalaysiaraya/
Personal Blog http://mohdzainuddin.blogspot.com
Website KAMARA http://www.kgmalaysiaraya.com
Windows Live™: Keep your life in sync. Check it out.
_________________________________________________________________
Insert movie times and more without leaving Hotmail®.
http://windowslive.com/Tutorial/Hotmail/QuickAdd?ocid=TXT_TAGLM_WL_HM...