Satu Majlis Perpisahan & Anugerah Pelajar Cemerlang TABIKA PERPADUAN Kg Malaysia Raya
telah diadakan di Dewan Kg Malaysia Raya seperti berikut:
Tarikh : 19 November 2009
Masa : Jam 8.30 malam - 11.00 malam
Tempat : Dewan Kg Malaysia Raya
Majlis ini diadakan setiap tahun sebagai aktiviti tahunan TABIKA PERPADUAN dibawah kelolaan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan. Pada tahun ini seramai lebih kurang 20 orang pelajar TABIKA telah menamatkan pra sekolah meraka.
Majlis ini telah dihadiri oleh semua ibu bapa pelajar-pelajar berkenaan dan juga semua AJK semua Organisasi di Kg Malaysia raya. Majlis telah dirasmikan oleh Sdr Basarudin Hj Mohd Tapi selaku Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Kg Malaysia Raya. Selain dari itu, pada malam tersebut, pelajar-pelajar telahpun mempersembahkan beberapa tarian. Bersama-sama ini disertakan gambar majlis tersebut.
Moderator e-group
Untuk membalas email: kgmalaysiaraya@googlegroups.com
Egroup http://groups.yahoo.com/group/kgmalaysiaraya/
Website http://www.kgmalaysiaraya.com
Blog Pengerusi http://mohdzainuddin.blogspot.com