Jaringan Imej Kumpulan Blog Terjemah Direktori Gmail
Kumpulan yang Baru Dilawati | Bantuan | Rakam Masuk
Laman Utama Kumpulan Google
Maklumat kumpulan
Ahli: 64
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori kumpulan:
Sekolah dan Universiti > Sekolah Menengah
Lagi maklumat kumpulan »
Laporan Parlimen:Dasar Bioteknologi Negara    

Dasar Bioteknologi Negara

LAPORAN PARLIMEN KESEBELAS
25 April 2005


Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ting Chew Peh [Gopeng] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan:-

(a) bilakah Kerajaan akan melaksanakan Dasar Bioteknologi Negara; dan

(b) apakah insentif yang akan diberikan oleh kerajaan untuk menggalak dan memperhebatkan aktiviti R&D bioteknologi.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Dato’ Kong Cho Ha]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mengadakan konvensyen bio Malaysia 2005 pada 28 hingga 30 hari bulan April ini di pusat konvensyen antarabangsa Putrajaya. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita akan merasmikan bio Malaysia, pada pagi 28 April, iaitu hari Khamis ini.

Pada masa yang sama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita akan melancarkan dan mengumumkan dasar bio-teknologi negara dan bersama dengan bio-Malaysia akan juga diadakan pameran oleh industri-industri bio-teknologi di negara kita dan hasil-hasil penyelidikan dalam bidang bio-teknologi oleh pusat-pusat penyelidikan negara kita dan juga hasil penyelidikan dari institusi pengajian tinggi negara kita. Negara kita akan memberi keutamaan dalam sektor bio-teknologi yang berikut iaitu:

(i) Agriculture bio-teknologi adalah kerana kekuatan kita selama ini dalam bidang pertanian dan perladangan dan kita nampak banyak pengeluaran, value added products dengan izin dan down stream industry dapat diwujudkan di bidang agro-bioteknologi.

(ii) Health-care bio-teknologi - kerana negara kita adalah di antara negara-negara yang most bio-divesified di dunia ini dan semua kaum di negara kita mempunyai ubat-ubat herba tradisional masing-masing dan oleh itu banyak penyelidikan boleh dijalankan di bidang health care bio-technology.

(iii) Industri bio-teknologi - Negara kita mempunyai kemudahan dan prasarana yang baik untuk menjalankan industri bio-teknologi. Kita juga mempunyai sumber asli yang kaya dan kita dapat mereka nilai dari sumber-sumber asli yang ada dan juga kita dapat menawarkan kemudahan kita untuk clinical trail, contract manufacturing dan pengeluaran ubat-ubat generic pada masa yang akan datang.

Untuk bahagian (b), semua insentif galakan pelaburan serta pembangunan komprehensif membabitkan R & D bio-teknologi yang akan merangkumi insentif-insentif yang sedia ada seperti pioneer status, tabung penyelidikan, potongan cukai dan insentif-insentif ini distrukturkan mengikut model MDC yang ada sekarang.

Pembangunan knowledge infrastructure akan diberi keutamaan dalam insentif-insentif pembangunan industri bio-teknologi seperti menguatkuasakan undang-undang harta intelek, pembangunan sumber manusia atau knowledge workers dan collaboration di antara saintis-saintis antarabangsa dan semua insentif-insentif ini juga akan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita pada 28 April 2005.

Datuk Dr. Rahman bin Ismail [Gombak]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya pada bulan Februari 2005, Kabinet telah meluluskan satu pembentukan Institusi Kajian Herba, Sumber Asli dan Vaksin iaitu sebuah institusi yang secara langsung terlibat dengan perkara-perkara dengan penyelidikan dan pembangunan (R & D) dan hasil dari ini diharapkan Malaysia dapat menghasil dan mengeluarkan ubat-ubatan dan juga vaksin.

Oleh kerana bidang ini adalah sesuatu bidang yang baru dan memerlukan latihan-latihan yang benar-benar khusus selain daripada belanja yang begitu besar, kita tahu bahawa kajian untuk menghasilkan ubat-ubatan dan vaksin ini bukan sahaja memerlukan berbagai-bagai peringkat kepakaran iaitu daripada research, pre-clinical development and clinical development juga memerlukan belanja yang cukup besar untuk menghasilkan sesuatu produk sekurang-kurangnya di peringkat antarabangsa ini memerlukan USD200 juta iaitu lebih kurang RM1 bilion, wang Malaysia.

Saya ingin tahu berapa ramaikah, kerana ini melibatkan belanja kerajaan yang begitu besar, berapa ramaikah rakyat Malaysia yang sudah dilatih dan yang sedang diberi latihan ke arah kerana bidang ini suatu bidang yang khusus dan saya juga ingin tahu di institusi manakah mereka ini dilatih.

Dato' Kong Cho Ha: Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingat Yang Berhormat sendiri pun terlibat dalam projek ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, negara kita tidak bercadang bersaing dengan firma-firma besar seperti Fitzer, Dupon dan Rolch dan sebagainya untuk pengeluaran ubat yang terkemuka kerana ini akan menelan banyak wang penyelidikan.

Untuk mewujudkan makmal-makmal juga akan memerlukan wang yang banyak. Oleh kerana itu negara kita telah bercadang untuk mengadakan penyelidikan bersama dengan institusi-institusi pengajian tinggi yang ada di dalam negara kita di mana mereka selain daripada menjalankan penyelidikan pada masa yang sama juga boleh membangunkan sumber manusia kita di negara kita.

Versi: 
1 mesej tentang halaman ini
8 Nov 2007 oleh Idris Saleh
Click on http://groups.google.com/group/bmsmiaag/web/laporan-parlimen-dasar-bioteknologi-negara
- or copy & paste it into your browser's address bar if that doesn't
work.
Kumpulan Google - Laman Utama Google - Syarat Perkhidmatan - Dasar Privasi
©2009 Google