Jaringan Imej Kumpulan Blog Terjemah Direktori Gmail
Kumpulan yang Baru Dilawati | Bantuan | Rakam Masuk
Laman Utama Kumpulan Google
Maklumat kumpulan
Ahli: 64
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori kumpulan:
Sekolah dan Universiti > Sekolah Menengah
Lagi maklumat kumpulan »
Gerak Gempur : Karangan (Bidang Sosial)    

Isu: Kegiatan Lumba Haram

Bidang: Sosial

 

 

a) Punca lumba haram

Meningkatnya gejala lumba haram adalah berpunca daripada faktor-faktor berikut:-

  • Pengaruh rakan sebaya.
  • Filem atau drama lumba haram seperti KL Menjerit, Initial D dan The Fast and the Furious: Tokyo Drift. Walaupun penerbit filem-filem tersebut telah meletakkan amaran agar tidak meniru aksi-aksi lumba haram di dalam filem mereka, namun ramai pelumba haram yang tidak mengendahkan amaran tersebut.
  • Novel, cerpen atau komik seperti siri manga Initial D.
  • Majalah kenderaan ubahsuai.
  • Permainan video seperti Need For Speed: Underground dan Need For Speed: Most Wanted.
  • Kos untuk mengadakan perlumbaan sah di litar lumba seperti Litar Sepang adalah mahal berbanding lumba haram yang hanya memerlukan wang pertaruhan, duit minyak dan bayaran tol lebuhraya (jika ada).
  • Penganjur yang menyediakan hadiah-hadiah, yang terdiri daripada kalangan bookie yang membuat keuntungan dari pertaruhan lumba haram tersebut.

b) Impak  lumba haram (positif dan negatif)

  • Lumba haram sering menyebabkan kemalangan maut terutamanya di kalangan pelumba haram motosikal. Terdapat juga kes langgar lari yang berpunca daripada lumba haram. Oleh itu, tidak hairanlah jika aktiviti lumba haram menjadi salah satu punca utama peningkatan kadar kemalangan jalan raya.
  • Lumba haram turut menyumbang kepada gejala keruntuhan moral dan maksiat di kalangan remaja yang semakin serius kerana selain menyediakan hadiah wang yang sememangnya mempunyai kaitan dengan perjudian, penganjur perlumbaan haram juga turut menyediakan hadiah bohsia untuk ditiduri.
  • Tidak dinafikan, perlumbaan haram turut berperanan dalam memajukan industri automotif berikutan penambahan jualan kereta dan motosikal serta pengubahsuaian kenderaan.
  • Sungguhpun demikian, persaingan di kalangan pelumba haram mengakibatkan pelumba haram membazirkan banyak wang dengan sia-sia untuk mengubahsuai kenderaan mereka supaya lebih berkuasa dan tabiat sebegini sudah tentu merugikan diri mereka sendiri.
  • Lumba haram juga adalah salah satu penyumbang utama kepada peningkatan kes kecurian kenderaan terutamanya motosikal dan kereta. Segelintir pelumba haram sanggup mencuri kenderaan kerana ingin dijadikan kenderaan perlumbaan serta kerana mahu mendapat kenderaan baru setelah kalah kerana dalam sesetengah kes, pelumba haram yang kalah terpaksa menyerahkan kenderaan mereka kepada pemenang.

c) Usaha mencegah lumba haram

Banyak pihak yang mengambil inisiatif bagi mengurangkan gejala lumba haram terutamanya di kalangan remaja seperti berikut:-

  • Memperbanyakkan aktiviti perlumbaan bermotor yang sah seperti Malaysian Cub Prix dan Pesta Pasti Honda. Di dalam kedua-dua perlumbaan tersebut penganjur perlumbaan mengenakan bayaran penyertaan yang rendah serta subsidi bagi peserta baru untuk menggalakkan remaja menyertainya.
  • Memperbanyakkan rondaan serta pemantauan oleh pihak polis. Untuk membolehkan pihak polis membanteras gejala lumba haram dengan lebih berkesan, pihak polis perlu disediakan kereta atau motosikal yang lebih laju dan lebih berkuasa kerana selama ini pihak polis hanya dibekalkan dengan kereta dan motosikal talaan kilang yang kurang berkuasa serta tidak cukup laju untuk mengejar pelumba haram.
  • Mengadakan kempen pemanduan berhemah di sekolah dan kawasan tumpuan awam.
  • Menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat serta hukuman yang lebih berat terhadap pesalah lumba haram.

 

Sumber:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lumba_haram#Lihat_juga

http://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Rempit

http://www.panducermat.org.my/mly/street_smart_illegal.php

 

 

Versi: 
1 mesej tentang halaman ini
29 Okt 2007 oleh Idris Saleh
Click on http://groups.google.com/group/bmsmiaag/web/gerak-gempur-karangan-pendek-bidang-sosial
- or copy & paste it into your browser's address bar if that doesn't
work.
Buat kumpulan - Kumpulan Google - Laman Utama Google - Syarat Perkhidmatan - Dasar Privasi
©2009 Google