Gmail Kumpulan Imej Terjemah Jaringan lagi »
Kumpulan yang Baru Dilawati | Bantuan | Rakam Masuk
Laman Utama Kumpulan Google
Maklumat kumpulan
Ahli: 64
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori kumpulan:
Sekolah dan Universiti > Sekolah Menengah
Lagi maklumat kumpulan »
Halaman dan fail terbaru
Analisis Soalan Komsas SPM T4    

Novel (Tingkatan 4)

Analisa Soalan

Tahun

Bentuk Soalan

2001

  • Kewajaran pengajaran mengakhiri cerita dalam novel
  • Persoalan

2002

  • Tema
  • Latar Masyarakat

2003

  • Persoalan
  • Watak utama

2004

  • Nilai kasih sayang
  • Cara watak utama menyelesaikan konflik utama yang dihadapi

2005

  • Dua peristiwa paling menarik
  • Perbandingan satu latar tempat berdasarkan dua novel

2006

  • Pengajaran
  • Persoalan dalam dua novel yang dikaji

Contoh Soalan

Jawab kedua-dua soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan mana-mana novel yang berikut.

 

(i)

Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii)

Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj Yusuf

(iii)

Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv)

Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v)

Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi)

Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

(vii)

Julia karya Abu Hassan Morad

(viii)

Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

 

(a)

Puncak cerita atau klimaks merupakan bahagian novel yang menarik perhatian pembaca. Berikan pendapat anda berdasarkan novel yang anda kaji.

[7 markah]

 

(b)

Jelaskan empat nilai murni yang terdapat pada watak utama dalam novel yang anda kaji.

[8 markah]

 

Jawapan:

 

a) Novel Bukit Kepong

 

     Puncak cerita atau klimaks dalam sesebuah novel menjadi perhatian pembaca

kerana pada peringkat ini cerita akan berakhir atau menghampiri peleraian. Dalam

novel yang saya kaji, iaitu “Bukit Kepong”, klimaksnya ialah apabila 18 orang

anggota polis yang bersemangat waja menentang serangan 200 orang anggota

komunis.

 

Peringkat klimaks dalam novel ini juga menyayat hati pembaca. Pihak komunis

dengan kejam telah membakar rumah pasung. Pada peringkat ini juga 23 orang

anggota polis dan keluarga mereka telah terkorban dan banyak yang cedera.

 

Selain itu, pembaca juga berasa kagum semasa membaca peringkat klimaks ini.

Pembaca berasa kagum kerana pihak polis telah berjuang habis-habisan demi

mempertahankan tanah air yang tercinta.

 

b) Novel Bukit Kepong

 

   Watak utama dalam novel yang saya kaji, iaitu “Bukit Kepong” ialah Othman. Nilai

murni yang dimiliki oleh Othman ialah penyayang. Othman amat menyayangi isterinya, Limah. Oleh itu, dia telah membawa Limah berpindah ke Pagoh kerana tidak mahu tinggal

berjauhan dengan isterinya itu.

 

   Nilai murni lain yang dimilikinya ialah berani. Hal ini diperlihatkan oleh Othman ketika bertempur dengan komunis ketika mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong. Othman tidak mahu menyerah kalah walaupun rakan-rakannya yang lain telah terkorban.

 

Selain itu, Othman juga memiliki nilai murni amanah dan bertanggungjawab. Misalnya, Othman dan rakan-rakannya menjalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab ketika mengadakan sekatan jalan raya.

 

     Satu lagi nilai murni yang ada pada watak Othman adalah cinta akan tanah air.

Othman telah menjadi anggota polis kerana mahu menghapuskan komunis yang

mengancam keselamatan negara

sumber daripada: www.tutor.com.my

Versi: 
Buat kumpulan - Kumpulan Google - Laman Utama Google - Syarat Perkhidmatan - Dasar Privasi
©2010 Google