|
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab
soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Akmal sedar betapa kasihnya Annyss pada Eyrique. Seribu lautan
sanggup direnangi, sejuta bintang sanggup dilewati.
“Apabila kau sudah kembali ke Alstonia,” katanya, “adakah kau akan
kembali semula?”
“Jika ditakdirkan.”
“Kalau sudah muktamad keputusanmu Annyss, apalagi yang boleh
kuperkatakan.” Akmal mengeluh. Sesungguhnya Annyss umpama akar
tunjang, lemah dan liat, desis hati kecilnya, dilentur mahu tetapi dipatah
tidak dapat.
Hakikat bahawa Annyss seorang perantau dunia luar sudah lama sebati
dalam akalnya. Kalau dahulu, pertama kali Annyss menyatakan
kebenaran itu, hampir sasau dia memikirkannya. Siapa yang akan
percaya jika Akmal mencanangkan bahawa dia mempunyai teman
baru daripada dimensi Alstonia? Sejagat raya akan berdekah-dekah mentertawakannya. Tetapi kini dia sedar, dia adalah insan yang istimewa yang diberi kesempatan waktu untuk berkenalan dengan Annyss.
(Dipetik daripada cerpen “ Annyss Sophillea” oleh Nisah Haji Haron
dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka.)
|